‘PRN tak jejaskan Kerajaan Perpaduan walau apa keputusannya’

Ahmad Maslan - Foto Bernama
Ahmad Maslan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan walau apapun keputusannya.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini disebabkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperoleh dua per tiga majoriti bersamaan 148 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Keputusan negeri (PRN) tidak mengubah kemenangan besar itu.

“Kerajaan pusat sangat stabil dan diyakini tidak berlaku apa-apa perubahan drastik,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Sabtu.

Pada Sabtu media melaporkan, kestabilan politik menjadi faktor utama keyakinan pelabur dan sekiranya kerusi parti pemerintah bertambah pada PRN, ia berpotesi meransang pelaburan dalam pasaran saham tempatan.

Ketua Penyelidik TA Securities, Kaladher Govindan berkata, kemenangan parti pemerintah akan menjadi petanda jelas bahawa politik berasaskan perkauman tidak mendapat tempat dan menjadi ancaman kepada negara berbilang kaum serta moden yang mengambil masa beberapa dekad untuk dibina.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!