Parti politik pergiat langkah menjelang PRN

Perikatan Nasional telah melancarkan Jentera Pemuda Perikatan Nasional sempena PRN pada Sabtu.
Perikatan Nasional telah melancarkan Jentera Pemuda Perikatan Nasional sempena PRN pada Sabtu.
A
A
A

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi, kebanyakan parti sedang pergiat dan mengorak langkah mengatur strategi.

Pelbagai strategi yang dilakukan bagi memastikan PRN untuk enam negeri tersebut berjaya ditakluki meskipun bukan menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.

Antara parti gabungan yang telah mengorak langkah adalah Perikatan Nasional (PN) yang mana pada Sabtu telah melancarkan Jentera Pemuda Perikatan Nasional sempena PRN kali ini.

Langkah awal tersebut menjadikan parti gabungan itu kehadapan kerana kebiasaannya parti politik memulakan gerak kerja selepas terbubarnya Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara tersebut diakui Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mengharapkan agar langkah awal itu mampu memberikan kelebihan kepada parti gabungan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, PN perlu berjaga-jaga dan tidak boleh terlalu yakin dalam menghadapi PRN.

Jelas beliau, jentera perlu bekerja keras bagi memastikan keenam-enam negeri yang menghadapi PRN tersebut berjaya ditakluki PN.

Selain itu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, UMNO Johor menghantar seramai 2,000 ahlinya yang akan bertindak sebagai jentera PRN bagi Negeri Sembilan.

Jelas Ahmad, meskipun DUN belum dibubarkan, namun UMNO Johor yang merupakan keluarga angkat kepada Negeri Sembilan sudah bersedia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!