Kebakaran dahsyat musnahkan 200 kedai di Afghanistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HERAT, Afghanistan - Sebuah kebakaran dahsyat memusnahkan hampir 200 kedai di wilayah Herat, barat Afghanistan, menurut ketua kesatuan tempatan Abdul Wadood Faizzada, pada Sabtu.

"Kebakaran berlaku sekitar 3 pagi waktu tempatan di pasar Qasr-e-Herat di bandar Herat, memusnahkan 200 kedai yang menjual pelbagai barangan, terutamanya pakaian dan kosmetik, mengakibatkan kerugian berjumlah 100 juta Afghanistan (sekitar AS$1.16 juta)," kata Faizzada kepada Xinhua.

Abdul Latif Insaf, jurucakap polis negeri, berkata bahawa kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku pada tengah malam Jumaat tetapi berjaya dikawal dalam tempoh beberapa jam.

"Kebakaran itu tidak menyebabkan kematian atau sebarang kecederaan tetapi mengakibatkan kerugian besar kepada para peniaga tempatan," kata jurucakap itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!