Siklon landa Brazil, angka kematian meningkat

Kawasan perumahan yang dilanda banjir akibat hujan lebat susulan siklon tropikal di Sao Leopoldo. - Foto Reuters
Kawasan perumahan yang dilanda banjir akibat hujan lebat susulan siklon tropikal di Sao Leopoldo. - Foto Reuters
A
A
A

SAO PAULO - Angka kematian akibat banjir yang dicetuskan oleh siklon luar tropika di selatan Brazil, Rio Grande do Sul, meningkat kepada lapan pada Sabtu, manakala 19 lagi masih hilang, lapor Xinhua.

Sehingga kini, 40 bandar terjejas akibat kejadian tanah runtuh, banjir dan bekalan elektrik terputus.

Seramai 2,330 orang telah dipindahkan, 602 orang hilang tempat tinggal, dan lebih setengah juta penduduk terjejas bekalan elektrik, menurut Jabatan Pertahanan Awam negeri.

Presidennya, Luiz Inacio Lula da Silva, berjanji untuk menyalurkan bantuan persekutuan kepada kawasan yang terjejas. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!