Intan Serah buka 'akaun gol' bersama New York Dutch Lions
PEMAIN bola sepak skuad wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli membuka akaun gol pertama dalam saingan Liga Premier Bolasepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat pada Ahad.
Penyerang berusia 23 tahun itu, yang lebih dikenali sebagai Intan Serah membalas kepercayaan New York Dutch Lions FC (NYDL) apabila meledak jaringan pada minit ke-84 ketika tewas 1-3 kepada New York Athletic Club (NYAC) di Kompleks Sukan LIU.
Biarpun tampil sebagai supersub, Intan ternyata menghadirkan bantuan dan ancaman kepada bahagian pertahanan pasukan lawan dalam perlawanan tersebut.
Intan juga membuktikan keupayaannya dalam menyaingi pemain lawan biarpun diasak hebat sebelum menjaringkan gol tersebut.
"Terima kasih kepada semua yang mempercayai saya di NYDL," kata pemain yang memakai jersi bernombor 10 selepas menambah sengat jentera hadapan pasukan.
Terdahulu Intan mencipta sensasi di bumi Amerika Syarikat apabila muncul pemain wanita pertama negara beraksi dalam saingan liga negara itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!