Anwar zahir ucapan takziah buat keluarga Mahmood Zuhdi
SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Emeritus, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu.
Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya mengutuskan salam takziah buat keluarga dan sahabat-sahabat di Indonesia dan mendoakan agar Allahyarham diberikan ganjaran dan tempat yang terbaik oleh ALLAH SWT.
“Selaku Presiden Majlis Dakwah Negara (MDN), Allahyarham bukan sahaja banyak menabur bakti dalam memperkasakan syiar Islam malah, senantiasa melahirkan pemikiran serta idea bernas menyentuh aspek sosial, ekonomi serta hal-hal isu semasa.
“Saya mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ketokohan Allahyarham sebagai ilmuan pastinya tiada galang ganti,” katanya pada Ahad.
Tokoh agama tersebut meninggal dunia pada pukul 10.20 malam pada Sabtu.
Difahamkan arwah menghidap kanser paru-paru yang disedari sejak November tahun lalu dan sudah di peringkat akhir penyakit tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pagi Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN
Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumikan
http://Belasungkawa: Perginya Mahmood Zuhdi, cendekiawan agama tersohor
Mahmood Zuhdi meninggal dunia pada Sabtu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!