YouTuber buat 'eksperimen' ditanam hidup-hidup dengan ular
JAKARTA - Hasrat seorang YouTuber di Indonesia yang mahu melakukan eksperimen 'mengingati kematian' termasuk ditanam bersama seekor ular bersaiz besar di sebuah tanah perkuburan akhirnya tidak kesampaian.
Tindakan berani mati itu dilakukan Gilang Barbie baru-baru ini dan turut disaksikan orang ramai bersama kru keselamatan.
Lelaki tersebut juga dikafankan seperti jenazah sebenar dan memakai alat komunikasi untuk berkongsi keadaannya setelah 'dikebumikan'.
Bagaimanapun, eksperimen tersebut 'gone wrong' setelah orang ramai yang mengerumuni 'kuburnya' digemparkan dengan jeritan meminta tolong.
Gilang Barbie dikatakan panik setelah dia kehabisan oksigen dan mula sesak nafas kerana dililit ular tersebut hingga memaksa orang ramai segera menggali semula kubur tersebut.
YouTuber yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital dalam keadaan masih diselubungi kain kafan.
Rakaman video berjudul 'Vir4l Yotuber dikubur hidupdan dililit ular besar' yang telah mendapat hampir 400 juta tontonan itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!