Sejarah Pulau Pinang harus diperjelas segera demi rakyat

Sejarah mengenai Pulau Pinang perlu diperjelaskan segera agar ianya tidak menjadi polemik dan bahan politik.
Sejarah mengenai Pulau Pinang perlu diperjelaskan segera agar ianya tidak menjadi polemik dan bahan politik.
A
A
A

SEJARAH mengenai Pulau Pinang perlu diperjelaskan segera agar ianya tidak menjadi polemik dan bahan politik yang merugikan rakyat.

Terbaharu Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan harapan agar isu berkaitan sejarah Kedah terutama pajakan Pulau Pinang tidak dinoktahkan secara melulu, sebaliknya dibincangkan demi rakyat negeri ini.

Titah baginda, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak perlu diterangkan berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.

Beliau berkata, perkembangan ini adalah satu perkembangan yang baik dan perbincangan mengenai sejarah Kedah mulai subur di pelbagai platform.

Rakyat dari segenap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai sejarah Kedah khususnya berhubung kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan segelintir pihak yang kononnya mahu 'merungkai sejarah' termasuk mendakwa Pulau Pinang milik Kedah, tidak sepatutnya dilakukan selepas negara mengecap kemerdekaan,

Beliau berkata, ini kerana tindakan tersebut boleh memberi implikasi besar kepada Malaysia dan negara-negara lain, yang mungkin juga berdepan tuntutan.

Pada 29 Mei lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Sigh pula berkata, perkara berkenaan sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia sudah jelas sejak zaman penjajahan British lagi Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai salah satu Negeri Selat di bawah gabungan yang dikenali sebagai 'Straits Settlement’.

Kata Ramkarpal, Pembentukan Persekutuan Malaya itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 dan tidak boleh dinafikan bahawa Pulau Pinang diiktirafkan sebagai salah satu negeri di bawah Persekutuan Malaya, iaitu di bawah Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Rentetan dakwaan Sanusi itu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang disifatkannya sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Polis kemudian merakamkan keterangan Muhammad Sanusi di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 8 Jun.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu tanah Pulau Pinang dipajak perlu diperjelas berlandas fakta - Sultan Kedah

'Pulau Pinang itu Kedah punya' - Sanusi

Pulau Pinang tidak pernah terpisah dari Kedah

Pertahan naratif sejarah Pulau Pinang-Kedah bukan jenayah - Pas

Jangan pertikai kedudukan Pulau Pinang

Silibus sejarah Kedah-Pulau Pinang perlu penambahbaikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!