Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah cuba beri rasuah

A
A
A

BERITA SEMASA 19 JUN 2023

Seorang buruh binaan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa di sebuah premis perniagaan di Nusa Jaya, Iskandar Puteri pada 15 Februari 2023, lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, Shahin Alam membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Shahin didakwa telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264178/berita/semasa/warga-bangladesh-tak-mengaku-cuba-beri-rasuah

Muzik: BenSound.com