Angka korban akibat siklon di Brazil meningkat

Jumlah korban akibat siklon luar tropika yang melanda selatan Brazil pada hujung minggu lalu kini meningkat kepada 13 orang. Foto Reuters.
Jumlah korban akibat siklon luar tropika yang melanda selatan Brazil pada hujung minggu lalu kini meningkat kepada 13 orang. Foto Reuters.
A
A
A

SAO PAULO - Jumlah korban akibat siklon luar tropika yang melanda selatan Brazil pada hujung minggu lalu kini meningkat kepada 13 orang, dengan empat orang masih hilang, menurut agensi pertahanan awam negara itu pada Ahad.

Pada Jumaat, siklon yang mencetuskan banjir dan ribut itu telah menyebabkan kemusnahan di lebih daripada 40 bandar di Rio Grande do Sul, negeri yang bersempadan dengan Uruguay dan Argentina.

Operasi mencari mangsa yang hilang masih berjalan, lapor Xinhua.

Lebih separuh juta penduduk terputus bekalan elektrik dan 4,913 lagi terpaksa dipindahkan.

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berikrar untuk menyalurkan bantuan kepada kawasan yang terjejas.- Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!