Al Hambra, Richard Yong dilantik Timbalan Speaker DUN Sabah

Al Hambra dan Richard mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu. - Foto ihsan JKM Sabah
Al Hambra dan Richard mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu. - Foto ihsan JKM Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Timbalan Presiden yang juga Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Richard Yong Ke Wong dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu.

Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Isnin berkata, Al Hambra dan Richard mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, selepas menerima watikah pelantikan dalam satu majlis ringkas di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka menandatangani dokumen pelantikan masing-masing di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ismail Brahim.

"Pelantikan Al-Hambra dan Richard adalah bagi tempoh lima tahun bagi menggantikan Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Ginibun,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir ialah isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R M Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, dan barisan menteri negeri. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!