Nenek 'mati hidup semula' meninggal dunia akibat strok

Bella Montoya 'kembali bernyawa' selepas tersilap diisytiharkan mati pada 9 Jun lalu. - Agensi
Bella Montoya 'kembali bernyawa' selepas tersilap diisytiharkan mati pada 9 Jun lalu. - Agensi
A
A
A

QUITO - Seorang wanita warga emas di Ecuador yang tular sebelum ini kerana terjaga di dalam keranda ketika upacara pengebumiannya disahkan telah meninggal dunia akibat strok.

Bella Montoya, 76 tahun meninggal dunia selepas seminggu berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan Ecuador dalam satu kenyataan menyebut mayat Montoya masih dalam pemantauan.

"Kementerian Kesihatan Ecuador telah membuat kesilapan ketika mengisytiharkan kematian terhadap wanita itu pada 9 Jun lalu.

"Kesilapan seumpama ini tidak pernah berlaku dan ia masih disiasat," katanya.

Sebelum ini, Montoya bangun serta mengetuk penutup keranda selepas lima jam berada di dalamnya dan ia berlaku di sebuah rumah pengebumian di Babahoyo.

Menurut laporan berita tempatan, Montoya mengalami keadaan yang dipanggil katalepsi, di mana seseorang tidak sedarkan diri dan badannya menjadi kaku. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!