Tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke JB ikut jadual

Perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke Johor Bahru berjalan mengikut jadual walaupun berlaku kemalangan membabitkan seorang individu yang maut digilis kereta api tengah hari Isnin.
Perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke Johor Bahru berjalan mengikut jadual walaupun berlaku kemalangan membabitkan seorang individu yang maut digilis kereta api tengah hari Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor hari ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, walaupun berlaku kemalangan membabitkan seorang individu yang maut digilis kereta api kira-kira 12.47 tengah hari tadi, ia tidak menyebabkan berlaku kelewatan kepada penumpang untuk sampai ke destinasi.

"Perkhidmatan tren ekspres dari Tumpat ke Johor Bahru hari ini berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak akan berlaku kelewatan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, KTMB menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, badan lelaki maut dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang dalam kejadian tersebut.

Mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!