Kapal selam saksikan bangkai Titanic hilang, jutawan British antara mangsa

Bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland. - Foto Reuters
Bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Kapal selam yang digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan bangkai Titanic dilaporkan hilang di Laut Atlantik sejak Ahad lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan bagi mencari kapal selam tersebut bersama anak kapalnya.

Menurut pengawal pantai Amerika Syarikat (AS), hubungan dengan kapal selam tersebut hilang kira-kira satu jam dan 45 minit selepas ia berlepas.

Syarikat pelancongan OceanGate dalam satu kenyataan berkata, segala usaha akan dilakukan bagi menyelamat anak kapal.

Pelbagai agensi kerajaan serta syarikat penyelaman menyertai operasi pencarian tersebut.

OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.

Kapal selam OceanGate yang dilaporkan hilang itu mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari.

Jutawan British Hamish Harding, 58, antara yang berada dalam kapal selam berkenaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!