CBP tawar pembiayaan kepada sektor koperasi

Kamari Zaman (kanan) beramah mesra dengan pengendali koperasi selepas tamat sesi taklimat yang diadakan hari ini.
Kamari Zaman (kanan) beramah mesra dengan pengendali koperasi selepas tamat sesi taklimat yang diadakan hari ini.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Selepas dilancarkan April lalu, Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP (Skim PSK) yang disediakan Co-op Bank Pertama (CBP) mendapat sambutan yang menggalakan dalam sektor koperasi di negara ini.

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima lapan permohonan daripada pengendali koperasi untuk mendapatkan pembiayaan berkenaan dan yakin permohanan akan meningkat dari semasa ke semasa.

Menurutnya, CPB kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada pengendali koperasi mengenai skim pembiayaan yang ditawarkan dan Pulau Pinang menjadi lokasi pertama pihaknya menjalankan sesi penerangan ini.

"Setakat ini sambutan yang ditunjukkan oleh pengendali koperasi amat menggalakkan kerana ia membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

"Di pihak CBP, kita tidak meletakkan syarat tertentu untuk koperasi yang ingin mendapatkan Skim PSK ini, cuma pihak koperasi mesti mempunyai projek yang berdaya saing dan menyakinkan sebelum permohonan mereka diluluskan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi Taklimat Skim PSK - Membangun Bersama CBP di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd Razak.

Mohd Nor ketika memberi taklimat mengenai Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP (Skim PSK).
Mohd Nor ketika memberi taklimat mengenai Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP (Skim PSK).

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai skim itu, Kamari Zaman berkata, dana itu akan disalurkan melalui enam produk pembiayaan yang diluluskan suruhanjaya iaitu Pembiayaan Hartanah-i, Pemfaktoran-i, Pembiayaan i-Kontrak, Pembiayaan Penyambung-i (bridging), Pembiayaan Berjangka-i dan Pembiayaan Kredit Berputar,

Katanya, melalui skim ini ia dapat membantu menjana pendapatan koperasi di samping mewujudkan peluang perniagaan.

"CBP menyediakan dana berjumlah RM700 juta untuk Skim PSK di mana dana tersebut akan diagihkan secara berperingkat menerusi enam produk pembiayaan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!