Euro 2024: Wales mahu layak secara merit

Page. - Foto Agensi
Page. - Foto Agensi
A
A
A

WALES kekal optimis untuk meraih slot secara automatik ke Kejohanan Euro 2024 biarpun tewas dua kali berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.

Keyakinan itu diluahkan jurulatihnya, Rob Page yang percaya anak-anak buahnya mampu melakukannya dengan baik dalam baki saingan akan datang.

“Saya percaya (layak ke Euro secara merit).

“Bagi menjayakannya kami perlu melakukannya dengan baik," katanya yang hanya mencatat satu kemenangan dalam 12 aksi sejak Wales layak ke Piala Dunia lalu.

Wales tewas kepada Turki 0-2 dalam pertembungan di Samsun untuk mengulangi episod buruk di Armenia minggu lalu yang menyaksikan lawan di ranking ke-97 dunia itu merakam kemenangan 4-2 di Cardiff.

Setelah lapan perlawanan, Wales ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Turki dan dua mata di belakang Armenia yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Pasukan pilihan di peringkat Kumpulan D, Croatia yang bermain kurang dua perlawanan menyamai kedudukan Wales yang memungut empat mata.

Wales hampir pasti dijamin tempat play-off menerusi ranking Liga Negara-Negara, tetapi Page menegaskan Wales mampu mara secara automatik.

“Kem pusat kali ini mengecewakan tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh dikutip daripadanya.

“Kami akan menanganinya. Kami turun dalam setiap perlawanan untuk menang.

"Ini bermakna adalah sangat penting kami mencapai kemenangan di tempat sendiri dan meraih seberapa banyak mata dari situ,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!