PRN: Tiada rundingan antara PH, Muda - Luqman
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi termasuk kawasan yang bertanding.
"Kenyataan Naib Presiden PKR itu adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadinya.
"Saya juga beranggapan ia jelas bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan benar-benar tidak menghormati Muda," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Luqman turut menegaskan bahawa sebarang keputusan atau perkara berkenaan urusan PRN, hanya akan diumumkan oleh Muda bukan PH.
Pada Isnin, media melaporkan Amirudin menyatakan Muda akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN ini, selaras dengan persefahaman yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.
Bagaimanapun katanya, jumlah kerusi yang bakal ditandingi MUDA mewakili PH pada PRN itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
ARTIKEL BERKAITAN:
PRN: PH tidak pandang rendah usaha PN mahu tawan Selangor
Anwar, Ahmad Zahid akan selesaikan pertindihan kerusi PH, BN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!