Empat maut dalam insiden tembakan di Idaho

No Image Caption
A
A
A

SAN FRANCISCO - Seorang suspek ditahan selepas empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar kecil di Kellog, Idaho pada Isnin, lapor Xinhua.

Pusat panggilan Daerah Shoshone menerima panggilan kecemasan pada petang Ahad, mengenai insiden tembakan di sebuah kediaman di Kellogg, menurut kenyataan polis.

Pegawai polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku di unit kediaman di belakang Gereja Jemaah Mountain View pada Ahad.

Identiti mangsa dan suspek masih belum dikenalpasti. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!