Penerbangan umrah tanpa transit dengan Batik Air

Musthofa (dua dari kiri), Mohd Yusni (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Mushafiz Mustafa Bakri semasa majlis menandatangani usahama Program Umrah di Petaling Jaya pada Selasa.
Musthofa (dua dari kiri), Mohd Yusni (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Mushafiz Mustafa Bakri semasa majlis menandatangani usahama Program Umrah di Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Angkasa Mukmin Sdn Bhd dan Hayya Travel & Tours Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air dalam menyediakan tiket untuk sektor umrah pada Selasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin, Mohd Yusni Ismail, usaha sama itu bertujuan memberikan pengalaman perjalanan yang selesa bagi para jemaah yang ingin melaksanakan ibadah umrah di Arab Saudi.

Jelas beliau, pada peringkat awal, pihaknya menumpukan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah dengan kelebihan utama penerbangan bersama Batik Air adalah secara terus ke Arab Saudi tanpa transit.

"Ini akan memudahkan perjalanan dan mengurangkan tempoh waktu perjalanan di mana para jemaah boleh fokus sepenuhnya pada persediaan melaksanakan ibadah umrah

"Insya-ALLAH penerbangan pertama kita akan bermula seawal 1 November ini dengan kapasiti 365 penumpang," kata beliau semasa majlis menandatangani persefahaman berkenaan di sini pada Selasa.

Mohd Yusni menambah, pihaknya komited menyediakan penawaran harga yang terbaik kepada para jemaah.

"Besar harapan kami agar dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah umrah," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hayya Travel & Tours Sdn Bhd, Mustofa Mubarak Kamaruzaman berkata, kadar pakej umrah yang ditawarkan adalah RM7,990 bagi lapan bulan pertama selepas musim haji.

Bagaimanapun ujarnya, ia tertakhluk kepada perubahan semasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!