Tular Honda City terbalik langgar Subaru

Tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan sebuah Honda City terbalik dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran NKVE pada Selasa.
Tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan sebuah Honda City terbalik dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran NKVE pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kereta terbalik setelah melanggar tayar belakang kenderaan lain dalam kemalangan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

"Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Honda City dipandu seorang wanita berumur 36 tahun melanggar tayar belakang kenderaan jenis Subaru ketika mengubah haluan.

"Honda City tersebut kemudiannya dipercayai terbabas sebelum terbalik," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu Honda City dan pemandu Subaru yang juga merupakan seorang wanita berumur 33 tahun itu kemudiannya tampil membuat laporan polis.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman," katanya.

Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan sebuah Honda City terbalik dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!