UMNO tiada pilihan, perlu ikut kehendak akar umbi

Rosni semasa program Wacana Sinar Siri 402 membincangkan tajuk PRN: Debar Menunggu Bubar yang berlangsung di Studio Sinar Harian, pada Isnin. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
Rosni semasa program Wacana Sinar Siri 402 membincangkan tajuk PRN: Debar Menunggu Bubar yang berlangsung di Studio Sinar Harian, pada Isnin. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO tidak mempunyai pilihan selain mengikut kehendak pengundi akar umbi untuk meletakkan calon di negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berpandangan, sudah tiba masanya pemimpin parti mengambil kira pandangan penyokong sebagai usaha menambat hati mereka sekali gus memberikan kemenangan kepada UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

No Image Caption

“UMNO tidak ada pilihan melainkan ikut kehendak pengundi. Bersedia atau tidak, UMNO kena terima perubahan.

“UMNO adalah parti yang sangat terbuka dan kita mengalu-alukan pandangan daripada rakyat. Kita telah buat yang terbaik dan kalau diberi peluang, kita akan buat yang lebih baik.

“Cuma gelombang PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) kenapa rakyat menolak UMNO, kita masih buat ‘post moterm’ untuk lihat di mana silapnya,” katanya dalam program Wacana Sinar Siri 402 bertajuk PRN: Debar Menunggu Bubar’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut diundang sebagai panelis ialah Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Profesor Datuk Dr Mohamad Nasir Saludin dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haziq Azfar Ishak manakala Ismail Adnan bertindak sebagai hos.

Rosni (dua kiri); Mohamad Nasir dan Haziq Azfar (kanan) menjadi panelis program Wacana Sinar Siri 402 membincangkan tajuk PRN: Debar Menunggu Bubar yang berlangsung di Studio Sinar Harian, pada Isnin. Program dihoskan Ismail Adnan (kiri). - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor

Sementara itu, Rosni berpendapat, isu penolakan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berlaku dalam parti malah semua perwakilan bersetuju dengan usul jawatan berkenaan tidak dipertandingkan semasa pemilihan UMNO baru-baru ini.

“Usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan telah mendapat sokongan majoriti perwakilan. Sebab itulah Ahmad Zahid masih kekal sebagai Presiden dan kita menghormati keputusan perwakilan.

“Secara tidak langsung itu adalah pilihan (perwakilan) dan sebahagian proses memilih pucuk pimpinan parti,” ujarnya.