Majlis Paluan Berundur persaraan KPN Khamis?

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Majlis Paluan Berundur persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dijangka diadakan Khamis ini di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Difahamkan upacara serah terima tugas akan diadakan sekitar jam 9 pagi manakala perbarisan paluan berundur pada jam 3.30 petang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Acryl Sani akan meninggalkan jawatannya pada minggu pertama Julai ini.

Desas-desus mengaitkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan menggantikan Acryl Sani.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay juga antara nama yang dikatakan bakal mengisi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Selain itu, selain Ayob Khan, antara calon untuk jawatan Timbalan Ketua Polis Negara ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din.

Razarudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021 sebelum dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun sehingga 15 Mac 2025.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sudah mempersembahkan nama calon Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara

Razarudin, Ayob Khan bakal terajui PDRM

Calon KPN: Nama Razarudin dipersembah kepada Agong

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!