Apabila orang tua bekerja dengan orang muda

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PERIBAHASA orang yang banyak makan garam dahulu dia mempunyai banyak pengalaman dalam hidup, merujuk kepada pengalaman golongan lebih tua berbanding orang muda, namun sejauh manakah ia masih relevan ketika ini?

Sering kali Merak Jalanan terjebak dalam persengketaan kekeluargaan ataupun di tempat kerja tentang pendapat siapa yang lebih betul dan harus diikuti.

Ada yang sampai tidak bertegur sapa bertahun-tahun dek ego kerana merasakan diri sentiasa betul.

Ketika mencari jawapan dan jalan keluar apabila berdepan situasi getir seumpama ini, Merak Jalanan terdengar lagu Sesaat Kau Datang nyanyian Ramlah Ram berduet penyanyi rap Singapura, Sleeq.

Jumlah tontonan video klip terbabit juga telah mencecah lebih 10 juta. Lagu tersebut benar-benar sedap didengar walaupun rancak.

Terasa segar mendengar suara emas penyanyi hebat dan disegani seperti Ramlah Ram.

Penyanyi itu tampil dengan album pertama sekitar tahun 1986 berjudul Sabarlah Sayang.

Ramlah Ram tidak pernah putus asa dalam kerjaya seninya dan mampu bersaing dengan anak muda.

Ramlah Ram tidak jemu membuat comeback dengan berduet bersama beberapa artis muda.

Langkah yang diambil Ramlah Ram nampaknya amat tepat dan beliau kini bukan sahaja diminati peminat zaman 80-an malahan mula digemari peminat zaman milenial. Hebat bukan?

Selain Sleeq, Ramlah Ram turut berduet dengan Caprice dan Dem Lepak Boyz untuk lagu 5.00 minit yang dilancarkan pada tahun 2013.

Oleh yang demikian, mesej yang hendak disampaikan ialah bukan orang tua selalu betul dan orang muda tidak semestinya selalu salah tetapi gabungan tua dan muda pastinya boleh menghasilkan sesuatu yang hebat.

Hal ini terpakai sama ada di rumah, di tempat kerja, dalam komuniti dan termasuk dalam politik negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!