Drama rebut kerusi belum berakhir
BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang menegaskan koalisi itu lebih fokus untuk membantu Kerajaan Perpaduan mengekalkan penguasaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berbanding memikirkan agihan jawatan negeri seperti Exco.
Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sejak dua kali rundingan kerusi pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH) negeri dan empat kali rundingan di peringkat Pusat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, BN Pulau Pinang tidak pernah sesekali menimbulkan isu agihan jawatan kerajaan negeri sebagai antara syarat rundingan.
Sebaliknya, tegas beliau, fokus rundingan BN-PH di Pulau Pinang bersandarkan agihan kerusi pilihan raya dengan masih ada satu atau dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindih perlu diselesaikan.
Baca analisis 'Drama rebut kerusi belum berakhir' penuh di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!