Jiwa Heung-min masih EPL

Heung-min
Heung-min
A
A
A

PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min menyangkal dakwaan dia akan mengikuti langkah beberapa pemain terkemuka berpindah ke Arab Saudi dalam masa terdekat.

Sebaliknya bintang Korea Selatan itu menegaskan bahawa faktor kewangan bukan perkara yang menjadi kebimbangannya dalam masa terdekat ini.

Terdahulu kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ittihad dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang Korea Selatan itu dengan harga kira-kira 50 juta pound ($63.62 juta) dan sedang bersedia untuk menawarkan Heung-min perjanjian jangka panjang bernilai 25 juta pound setahun.

“Sejujurnya masih terdapat banyak perkara yang perlu selesaikan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Wang tidak penting bagi saya sekarang, sebaliknya kebanggaan bermain bola sepak, bermain dalam liga kegemaran saya adalah keutamaan paling penting,” kata Heung-min selepas aksi persahabatan Korea Selatan menentang El Salvador di Stadium Piala Dunia Daejeon pada Selasa.

Sebagai rekod, kelab Arab Saudi itu sebelum ini menandatangani Karim Benzema dengan perjanjian tiga musim, bernilai $165 juta menurut media tempatan yang turut melaporkan N'Golo Kante bersedia untuk menandatangani kelab itu seterusnya dari Chelsea.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!