Jenazah Rohana Jalil dikebumi sebelum Zuhur

Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil kembali ke rahmatullah pada pukul 11.33 malam tadi di HCTM.
Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil kembali ke rahmatullah pada pukul 11.33 malam tadi di HCTM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah penyanyi terkenal, Rohana Jalil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor sebelum solat Zuhur hari ini.

Memaklumkan perkara itu, pengurus Rohana yang dikenali sebagai Jepun berkata, sebelum dikebumikan, jenazah Allahyarham akan terlebih dahulu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.

“Kepada saudara mara, rakan-rakan dan kenalan Allahyarham Rohana boleh datang ke Masjid Al-Falah USJ9 untuk memberikan penghormatan terakhir antara pukul 10 hingga 11 pagi ini.

“Insya-ALLAH jika semua urusan berjalan lancar, kami menjangkakan jenazah Allahyarham Rohana akan dikebumi sebelum solat Zuhur,” kata Jepun ketika dihubungi Awani.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Rohana dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di ibu negara sekitar pukul 8.30 pagi.

Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil kembali ke rahmatullah pada pukul 11.33 malam tadi di HCTM.

Legenda seni tanah air itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Rohana meninggal dunia akibat kebocoran usus sehingga menyebabkan kuman merebak kebeberapa bahagian organ utama beliau seperti paru-paru dan buah pinggang.

Allahyarham Rohana menempa kemasyhuran sekitar tahun 1980-an dan 1990-an menerusi lagu-lagu popular seperti Rayuanku, Resahku, Naluri Cinta, Jangan Main Mata, Kerana Dia Kita Terpisah.

Rohana merupakan Juara Bintang RTM pada tahun 1981. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!