Kante tinggalkan Chelsea, pilih Al- Ittihad

Kante ketika menggalas cabaran Chelsea.
Kante ketika menggalas cabaran Chelsea.
A
A
A

N'GOLO Kante akan meninggalkan Chelsea selepas tujuh tahun berbakti di Stamford Bridge apabila memilih Al-Ittihad sebagai destinasi karier seterusnya dengan kontrak tiga tahun, kata kelab Liga Pro Saudi itu pada Rabu.

Pemain Perancis itu, yang menyertai kelab London barat dari Leicester City pada 2016, akan berpadu dengan rakan senegara dan pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema di Liga Pro Saudi.

"Jangan percaya kepada berita palsu. Kante adalah pemain Ittihad sekarang," tulis kelab itu dalam mesej video di laman sosialnya.

Media Britain sebelum ini melaporkan pemain tengah berusia 32 tahun itu telah menandatangani kontrak bernilai sekitar 86 juta pound ($109.78 juta) setahun.

Terdahulu Benzema meninggalkan Real Madrid selepas 14 tahun sarat trofi dan menandatangani kontrak dua tahun dengan juara Arab Saudi itu dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai lebih daripada 100 juta euro ($109.17 juta).

Kante sepanjang berada bersama The Blues merupakan tonggak utama di Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Europa dan Piala FA.

Dia telah beraksi dalam 269 perlawanan bersama Chelsea, menjaringkan 13 gol dan 16 bantuan gol.

Bagaimanapun musim terakhir Kante yang dipalit kecederaan menyebabkan dia terlepas 38 perlawanan semua pertandingan menyaksikan Chelsea bergelut menduduki tempat ke-12 liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!