Haaland penyelamat Norway

Haaland (kanan) meledak dua gol ketika membantu Norway menewaskan Cyprus 3-1 di Oslo pada Rabu. - Foto AFP
Haaland (kanan) meledak dua gol ketika membantu Norway menewaskan Cyprus 3-1 di Oslo pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG sensasi, Erling Haaland menyelamatkan maruah Norway apabila menyumbat dua gol ketika membantu pasukannya membenam Cyprus 3-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi Rabu.

Kemenangan itu menghidupkan semula peluang Norway selepas kalah mengejut kepada Scotland di gelanggang sendiri sebelum ini.

Kejayaan tersebut melonjakkan Norway ke tangga ketiga kumpulan lima negara itu dengan empat mata daripada empat perlawanan, di belakang pasukan tangga kedua Georgia menerusi perbezaan gol.

Scotland yang menundukkan Georgia 2-0, menghuni tangga teratas dengan 12 mata maksimum daripada empat perlawanan.

Norway membuka tirai jaringan menerusi ledakan Ola Solbakken pada minit ke-12.

Haaland menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-56 dan disusuli satu lagi gol empat minit kemudian.

Grigoris Kastanos pula menyumbang gol saguhati buat pelawat untuk mengurangkan defisit, namun ia tidak menjejaskan kegembiraan Norway yang meraih kemenangan pertama dalam peringkat Kumpulan A.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!