Kapal selam Titan hilang: 'Bunyi di bawah permukaan air' dikesan
LONDON - Sebuah pesawat Kanada mengesan 'bunyi di bawah permukaan air' di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Pesawat Kanada jenis P-3 mengesan bunyi di kawasan pencarian. Oleh itu, ROV (kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh) telah dipindahkan untuk menyiasat asal usul bunyi itu. Pencarian ROV belum memberi hasil positif tetapi akan diteruskan.
"Selain itu, data dari pesawat jenis P-3 ini telah dikongsi dengan pakar-pakar Tentera Laut Amerika Syarikat untuk analisis lanjut dan akan dipertimbangkan dalam rancangan pencarian pada masa depan," menurut pengawal pantai AS menerusi ciapan di Twitter. - Bernama
BERITA BERKAITAN:
Kapal selam saksikan bangkai Titanic hilang, jutawan British antara mangsa
Kapal selam ekspedisi Titanic hilang: Bekalan oksigen berbaki 40 jam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!