Letupan bom di Pattani: Empat anggota keselamatan cedera

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

PATTANI - Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Kapho Kol. Pol. Dechawut Cheteh berkata, kejadian berlaku ketika enam anggota pasukan keselamatan itu menaiki tiga buah motosikal dalam perjalanan ke sebuah kampung untuk membaiki rumah penduduk, kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, sebutir bom buatan sendiri diletupkan dan menyebabkan seorang renjer dan tiga sukarelawan pertahanan cedera manakala dua lagi terselamat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bom buatan sendiri seberat 20 kilogram telah dipasang pada tong gas dan diletupkan ketika anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!