Harimau Muda akhiri kempen Piala Asia B-17 dengan kemenangan
SKUAD Bawah (B-17) tahun negara menutup kempen Piala Asia B-17 dengan noktah kemenangan selepas menewaskan Laos 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A sebentar tadi.
Dalam aksi di Stadium Thammasat, Bangkok itu, skuad muda negara bermula garang, namun kesilapan barisan pertahanan menyebabkan kapten Laos, Sayfon Keohanam menyumbat gol pada minit ke-12.
Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Osmera Omaro bangkit memburu gol penyamaan sehingga akhirnya berjaya merobek gawang Laos menerusi Dainei Mat Disa pada minit ke-43.
Aksi babak kedua menyaksikan Harimau Muda terus bersemangat memburu gol sebelum Dainei berjaya meledak jaringan kedua pada minit ke-78.
Laos cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kemenangan itu setidak-tidaknya mampu menebus maruah Harimau Muda selepas mereka gagal layak ke suku akhir apabila tewas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.
Harimau Muda memulakan kempen di Bangkok dengan langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Yemen sebelum mengalami kekalahan 0-3 ketika berdepan Thailand.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!