Bintang pop Korea Selatan pernah tipu hidap kanser ditemui mati
BINTANG pop Korea Selatan, Choi Sung-bong ditemui mati di rumahnya di daerah Yeoksam-dong, Seoul pada 9.41 pagi, Selasa, lapor The Korea Times.
Penyanyi berusia 33 tahun itu ditemui mati selepas meninggalkan pesanan di YouTube, yang memohon maaf atas 'kesilapan bodohnya'.
Bagaimanapun pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kematian Sung Bong.
Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea’s Got Talent pada 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita kanser.
Ia mencetuskan kemarahan selepas ramai yang terpedaya dengan memberikan derma kepadanya selepas Sung Bong pernah membuat kutipan dana untuk membiayai rawatan penyakitnya.
Ini merupakan berita kematian kedua melibatkan artis dari Korea Selatan dalam tempoh seminggu.
Sebelum ini aktres Park Soo Ryun meninggal dunia pada usia 29 tahun setelah terjatuh dari tangga ketika pulang ke rumah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!