Bil elektrik tinggi: TNB saran amal penggunaan tenaga berhemah

Pengguna digalakkan untuk mengamal tip penggunaan tenaga berhemah dan elakkan pembaziran dengan memuat turun aplikasi myTNB.
Pengguna digalakkan untuk mengamal tip penggunaan tenaga berhemah dan elakkan pembaziran dengan memuat turun aplikasi myTNB.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu pengguna lebih peka terhadap kaedah penggunaan setiap perkakas elektrik secara optimum bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.

TNB dalam kenyataan pada Khamis menjelaskan, peningkatan bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada 11 Mei lalu disumbang oleh penggunaan tenaga bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas.

“Jumlah kilowatt-jam (kWh) tenaga digunakan semakin meningkat menyebabkan pengiraan bil melibatkan blok tarif lebih tinggi dan pengguna akan menerima bil dengan jumlah tinggi.

“Justeru, pengguna digalakkan untuk mengamal tip penggunaan tenaga berhemah dan elakkan pembaziran dengan memuat turun aplikasi myTNB serta mendaftarkan akaun TNB, sama ada premis dipasang meter pintar atau tidak.

“Ia bagi mengenal pasti jumlah penggunaan elektrik secara bulanan dan melihat sejarah penggunaan elektrik serta mudah menyemak bil elektrik,” ujarnya.

Pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan
elektrik.
Pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik.

Dalam pada itu, TNB turut mencadangkan, budaya penggunaan tenaga elektrik yang betul dan secara berhemah bukan sahaja perlu diamalkan dalam keadaan cuaca panas bahkan amat wajar menjadi amalan seterusnya untuk bersama-sama menyumbang kepada usaha sejagat ke arah kehidupan yang lebih lestari.

Tambahan lagi katanya, bagi kediaman yang dipasang meter pintar mempunyai kelebihan tambahan dalam memantau penggunaan elektrik harian dalam unit ringgit ataupun kWh melalui portal myTNB ataupun aplikasi myTNB.

“Kelebihan utama meter pintar adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.

“Dengan informasi penggunaan elektrik secara harian, pengguna yang mempunyai meter pintar diberi pemerkasaan diri untuk merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan lebih efisien,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!