Mumtalakat tingkat pegangan dalam McLaren

McLaren antara pasukan yang mencipta impak dalam arena F1. - Foto Agensi
McLaren antara pasukan yang mencipta impak dalam arena F1. - Foto Agensi
A
A
A

ENTITI pelaburan Bahrain, Mumtalakat membeli saham utama dan waran bernilai 400 juta pound (AS$510.48 juta) dalam syarikat pembuat jentera McLaren daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dan Pengurusan Ares, lapor Sky News pada Khamis.

Bagaimanapun menurut laporan itu, urus niaga tersebut tidak akan membawa sebarang suntikan tambahan wang baharu ke dalam pasukan berpusat di England tersebut.

Pembelian itu secara tidak langsung akan mengembangkan pegangan majoriti Mumtalakat dalam kumpulan McLaren, termasuk pembuat kereta super Britain serta McLaren Racing.

Sebagai rekod, firma pelaburan global Ares Management dan PIF Saudi menyediakan sebahagian besar daripada pelaburan ekuiti 550 juta pound dalam kumpulan McLaren pada Julai 2021.

Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, Mumtalakat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berkenaan perkara tersebut.

Sementara itu, pengurusan Ares pula enggan mengulas manakala McLaren dan PIF tidak memberikan sebarang maklumbalas.

Dalam industri sukan, McLaren lebih dikenali dengan McLaren Racing Limited, sebuah ialah pasukan perlumbaan permotoran Britain yang berpangkalan di Pusat Teknologi McLaren di Woking, Surrey, England.

McLaren terkenal sebagai pembuat enjin pasukan Formula Satu (F1), entiti kedua tertua aktif dan pasukan F1 kedua paling berjaya selepas Ferrari dari Itali.

Sebagai rekod, McLaren merupakan juara lapan kali Kategori Pembuat Enjin, 12 kali Kategori Pemandu sepanjang berkecimpung dalam perlumbaan F1.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!