Dulu Manchester City, kini Barcelona

Kehadiran Gundogan bersama City banyak memberikan impak positif kepada kelab kendalian Guardiola itu. - Foto Agensi
Kehadiran Gundogan bersama City banyak memberikan impak positif kepada kelab kendalian Guardiola itu. - Foto Agensi
A
A
A

BINTANG tengah Jerman, Ilkay Gundogan menyertai juara LaLiga, Barcelona secara percuma daripada pemenang treble Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, lapor BBC dan Sky Sports.

Gundogan kelahiran Gelsenkirchen tersebut meninggalkan City selepas mengetuai kelab Inggeris itu ke Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lalu, mengikat kontrak selama dua tahun yang berakhir Jun 2025 dengan pilihan.

Pemain yang memulakan karier bersama kelab Jerman, VfL Bochum dari (2008 hingga 2009 menamatkan tempoh tujuh tahun yang fantastik di England menyaksikan dia memenangi 14 trofi, termasuk lima kejuaraan liga.

Gundogan adalah rekrut pertama Pep Guardiola apabila dia mengambil alih City pada 2016 walaupun pemain itu diketepikan kerana kecederaan lutut apabila dia ditandatangani dari Borussia Dortmund.

Dia terbukti menjadi pemain penting untuk perlawanan berintensiti besar di City, terutamanya sepanjang dua musim lalu apabila dia menjaringkan gol penting yang membantu City melakar beberapa trofi.

Gundogan meninggalkan City setelah membuat lebih daripada 300 penampilan, menjaringkan 60 gol.

Pengalamannya akan menjadi aset kepada pengendali Barca, Xavi selepas jeneral pemain tengah Sepanyol yang paling lama berkhidmat dan dipercayai, Sergio Busquets meninggalkan kelab itu pada penghujung musim selepas 18 tahun bersama armada Catalan itu.

Barcelona memenangi kejuaraan LaLiga musim lalu, namun gagal keluar dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika mereka tersingkir pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!