Kedai emas dipecah masuk, pemilik rugi RM1 juta

Sebuah kedai emas di Bahau dipecah masuk.
Sebuah kedai emas di Bahau dipecah masuk.
A
A
A

JEMPOL- Sebuah kedai emas di Bahau di sini mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipecah masuk penjenayah dalam kejadian awal pagi Khamis.

Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari pemilik premis berusia 40-an yang namanya enggan dikenali selepas dimaklumkan oleh pekerjanya sebaik membuka kedai itu lebih kurang jam 9 pagi.

Katanya, pekerjanya terhidu bau hangit selain melihat keadaan kedai itu dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik diperiksa banyak barangan kemas yang dipamerkan lesap selain pintu belakang kedai terbuka.

"Setakat ini saya tidak pasti berapa nilai kerugian kerana masih dalam siasatan dan menjangkakan sekitar RM1 juta atau lebih," katanya ketika ditemui pemberita di Bahau, pada Khamis.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama berlaku sepanjang lapan tahun membuka perniagaan tersebut di sini.

Keadaan di belakang premis kedai emas itu.
Keadaan di belakang premis kedai emas itu.

"Sebelum ini saya hanya berniaga emas dalam talian kemudian membuat keputusan membuka premis di Bahau.

"Saya tetapkan teruskan perniagaan ini walaupun masih terkejut dan sedih. Saya serahkan siasatan kepada pihak polis kerana bagi saya apa yang terjadinya ini dan tertangkapnya pelaku itu nanti akan menyelamatkan peniaga emas yang lain malah mungkin menyelesaikan banyak kes," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan selain kedai emas berkenaan, terdapat dua lagi premis iaitu syarikat kurier di Bahau turut dipecah masuk.

Sementara itu, laporan lanjut mengenai kejadian pecah masuk kedai emas ini akan dikeluarkan polis dalam masa terdekat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!