Sembilan ditahan, letupan restoran barbeku di China

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

YINCHUAN (China) - Pihak berkuasa keselamatan awam menahan sembilan individu termasuk pemilik, pemegang saham dan kakitangan sebuah restoran barbeku di wilayah autonomi Ningxia Hui barat laut China, tempat berlakunya letupan maut pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut jabatan berkaitan kerajaan wilayah, aset sembilan individu itu telah dibekukan.

Pengesahan identiti mangsa yang maut sedang dijalankan. Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan itu.

Kejadian berlaku pada 8.40 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing ibu kota wilayah Yinchuan akibat kebocoran gas petroleum cecair dari kawasan operasi restoran.

Letupan itu melibatkan 38 mangsa dengan 31 daripadanya disahkan meninggal dunia manakala tujuh lagi mangsa sedang menerima rawatan. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!