Tun Abdul Taib dalam keadaan sihat, baik - Astana Sarawak
KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan sihat dan baik menurut kenyataan dikeluarkan Astana Negeri Sarawak, bagi menolak khabar angin mengenai keadaan kesihatan beliau seperti yang tersebar di media sosial.
Setiausaha Sulitnya, Junih Salleh Ahmad dalam kenyataan itu berkata, kesemua berita yang ditularkan dan tidak disahkan dan bukannya dikeluarkan dari Astana Negeri Sarawak mengenai kesihatan Tun Abdul Taib itu, palsu dan tidak benar.
"Kami berharap dengan kenyataan akhbar ini, semua laporan buruk dan khabar angin mengenai (kesihatan) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dapat dihentikan,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!