Shafie Apdal yakin Vivian raih majoriti lebih 10,000 undi

Mohd Shafie Apdal - Foto Bernama
Mohd Shafie Apdal - Foto Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin calon DAP Vivian Wong Shir Yee akan meraih majoriti lebih 10,000 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui usaha untuk memenangi hati dan sokongan pengundi bukan mudah dan memerlukan kerja gigih daripada DAP dan parti sekutunya.

“Kita tak mahu cakap besar, tetapi kita akan mengusahakannya.

“Kita sedar dan tahu ada pengundi berada di luar negara. Tetapi jika kita dapat meramaikan (pengundi) sedia ada di sini, jumlah (undi) akan mencukupi dan kita boleh mencapainya (majoriti lebih 10,000),” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas majlis kenduri bersama penduduk Kampung Sim-Sim di sini hari ini.

PRK Sandakan diadakan susulan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas, mendiang Wong mendapat majoriti 10,098 undi untuk mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lim Ming Hoo.

Parlimen Sandakan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Tanjong Papat dan Elopura dengan jumlah 40,131 pemilih layak mengundi, termasuk 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan