Bersara berlumba? Mungkin bukan saya...

No Image Caption
A
A
A

TUMPUAN peminat sukan lumba kereta kini terarah pada kejuaraan kereta Formula Elektrik (Formula E) 2018 yang berlangsung di Ad Diriyah, Arab Saudi.

Apa yang menarik, bekas pemandu Formula 1, Felipe Massa yang sebelum ini melepaskan gelaran pelumba Formula 1 pada pada 2016 dan mengumumkan menyertai Formula E bersama tim Venturi baru-baru ini.

Bagi Massa, tempoh 15 tahun mengharungi pengalaman mencabar dalam perlumbaan Formula 1, bukan satu perkara yang mudah.

Ketika dalam kegemilangan sukan ini, Massa berjaya menempa nama sebagai pemandu yang paling disukai dan menarik di trek serta menarik sejumlah besar peminat seluruh dunia.

"Saya tidak akan berhenti kerana saya suka berlumba! Dan ini masa yang sesuai untuk berhenti dari Formula 1.

"Saya gembira dengan keputusan saya tetapi saya akan terus berlumba. Formula E merupakan perlumbaan yang semakin berkembang," katanya pada sidang media di Ad-Diriyah, Arab Saudi, hari ini.

No Image Caption

Dalam pada itu, Massa akan bersaing dengan juara empat musim lalu di trek sepanjang 2.847 kilometer bersama 18 pelumba lain dari 11 pasukan.

Artikel Berkaitan:

Esok, Massa akan berlumba dengan kereta dan peraturan yang berbeza daripada Formula 1.

Akan bersaing dengan juara-juara Formula E terdahulu, Massa ternyata positif akan meraih kejuaraan di litar asing bersama rakan sepasukan Edoarda Mortara.

Sementara itu, beberapa pelumba yang ditemui teruja menantikannya saingan yang bakal dihadapi esok.

Perlumbaan Formula E sebelum ini pernah berlangsung di beberapa negara antaranya di Beijing, China dan Putrajaya pada 2014 dan 2015.

Dianggap sebagai salah satu sukan paling pesat berkembang di dunia, Formula E menarik lebih daripada 300 juta penonton di seluruh dunia, menurut Forbes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!