MBSA tutup sementara jalan bagi tayangan perlawanan separuh akhir Piala FA 2023

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara jalan berhampiran Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14, di sini, pada tengahari 26 Jun hingga 6 pagi keesokannya.

Penutupan jalan selama 16 jam itu berikutan pelaksanaan program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2023 di antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim FC di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

MBSA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“MBSA berharap orang ramai sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA.

“Kami memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,”katanya di sini, hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734 untuk sebarang pertanyaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!