Kementerian ambil kira bina rumah ikut kehendak rakyat
SHORTS DIALOG SISWA 23 JUN
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) atau pemaju perumahan perlu mengambil kira kehendak pembeli dan masyarakat semasa membina rumah kediaman.
Ia termasuk mengambil kira kediaman yang mesra keluarga agar pembeli dapat tinggal dengan selesa.
Beliau yang juga ADUN Kuamut berkongsi perkara itu menerusi platform Dialog Siswa bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Menteri Kerja Raya yang diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.
Ikuti petikan 'Dialog Siswa 'terbang' ke Negeri Di Bawah Bayu’ di semua platform digital Sinar Harian.
UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Facebook: https://fb.watch/lj_efNUy2w/
Youtube: https://www.youtube.com/live/CMHOPJsDs6Y?feature=share
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1671857890276294656?s=20
#DialogSiswa #SinarHarian #UiTM #ShahelmeyYahya #MasiungBanah