Dalang sindiket pecah pejabat diberkas polis

Antara barangan yang dirampas selepas polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ketua sindiket pecah pejabat di sekitar Rawang dan Petaling Jaya, kelmarin. FOTO: Ihsan Polis
Antara barangan yang dirampas selepas polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ketua sindiket pecah pejabat di sekitar Rawang dan Petaling Jaya, kelmarin. FOTO: Ihsan Polis
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki dipercayai dalang sindiket pecah pejabat ditahan polis di Sungai Buloh di sini petang kelmarin.

Suspek berusia 28 tahun itu diberkas kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek merupakan individu dikehendaki polis dan mempunyai 25 rekod kesalahan lampau berkait kes dadah serta jenayah.

Menurutnya, suspek yang menggelar dirinya sebagai Faizal Mamak merupakan ketua sindiket pecah pejabat yang aktif sejak 2009.

“Susulan tangkapn itu, kita berjaya menyelesaikan lima kes pecah pejabat di sekitar Rawang dan dua kes pecah pejabat di sekitar Petaling Jaya, di sini.

Kereta dipercayai kenderaan klon turut dirampas polis.
Kereta dipercayai kenderaan klon turut dirampas polis.

“Modus operandi mereka menggunakan pemutar skru untuk umpil pintu depan atau belakang pejabat sebelum mengambil barang berharga dan menjualnya kepada rakan-rakan dengan harga RM100 hingga RM200,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Samsor berkata, pihaknya merampas sebuah kereta yang dipercayai kenderaan klon, laptop, kunci kereta, telefon bimbit, peralatan pecah pejabat dan jam tangan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kini telah ditahan reman sehingga Selasa depan dan suspek kedua dalam kes tersebut sedang giat diburu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!