Nelayan Muar masih ketinggalan?

No Image Caption
A
A
A

"KAMI faham yang kerajaan masih baharu, tetapi kami cuma harap mereka dapat dengar kami."

Ini adalah rayuan dari Tan, seorang nelayan dari Parit Jawa, Muar.

Duduk di atas sebuah bangku kayu menghadap pelabuhan, beliau berusia 50 tahun itu berasa sayu.

Beliau hanya berupaya pulang ke rumah dengan ikan untuk masa lima hari sepanjang bulan lalu.

Pasukan Ceritalah bertemu Tan tepat setahun lalu -- sebelum pilihan raya 9 Mei 2018 yang bersejarah.

Jadi apakah yang telah berubah untuk nelayan Muar sejak itu?

Menurut Tan, kenaikan kos paling ketara bagi mereka selama ini hanyalah harga jaring asal dari RM90 ke RM200.

Perhatian utama Tan bagaimanapun adalah bekalan ikan. Ketika Pasukan Ceritalah datang tahun lalu, operasi bot ikan pukat tunda adalah masalah utama nelayan Muar.

Artikel Berkaitan:

Sejak itu, bilangan bot ikan pukat tunda yang kelihatan setiap hari didakwa meningkat dari dua ke paling banyak 7-8 pada masa ini. Ini berlaku walaupun kerajaan berjanji untuk menghentikan pengeluaran lesen bot-bot pukat tunda.

"Mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang tangkapan ikan secara pukat tunda di kawasan itu. Saya pasti tentang itu. Kawasan ini adalah terlarang. Kami telah menghadapi mereka sebelum ini, tetapi sebaliknya mereka melanggar bot kami.".

Tangkapan ikan pukat tunda memusnahkan dasar laut, di mana ikan bertelur. Semuanya ditelan oleh pukat tunda apabila melaluinya -- termasuk sangkar ikan orang lain.

Kapal "gred B" yang digunakan oleh nelayan pukat tunda itu adalah besar, lebih besar daripada bot "gred A" yang dimiliki oleh nelayan seperti Tan dan malah yang "C", yang mampu menangkap ikan sehingga satu tan ikan setiap hari.

Bamyak laporan polis dan aduan kepada badan kerajaan telah dibuat, tetapi kurang berkesan.

Tan juga telah cuba untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tetapi Menteri Belia dan Sukan itu nampaknya tidak kelihatan di Parit Jawa sejak pilihan raya.

Bagi nelayan-nelayan itu, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada memberikan apa yang mereka janji sebelum berkuasa dahulu.

"Membiarkan isu bot nelayan pukat tunda itu tergantung, sementara mencari kaedah alternatif untuk mengawal pelihara ikan; apakah keperluannya itu? Apakah yang boleh ia lakukan untuk alam sekitar kita bila mana dasar laut telah musnah?"

Lagipun, pendapatan mereka terus tidak stabil.

Para nelayan tempatan telah mengadu bahawa orang tengah membayar mereka harga rendah bagi tangkapan yang sudah berkurangan tetapi menjual pada peniaga pasar dengan keuntungan besar.

Itulah sebabnya pasaran kelihatan terseleweng. Harga ikan meningkat tetapi sedikit wang kembali pada saku para nelayan.

Tambahan pula, elaun kerajaan yang mereka perolehi telah didakwa jatuh dari RM300 ke RM200.

Malah juga didakwa tidak ada sebarang pemberitahuan, sebelum pengurangan dibuat, bermaka para nelayan tidak dapat melakukan penyesuaian terhadap perbelanjaan mereka sebelum itu.

Maka, mengawal harga barangan adalah sia-sia kerana tekanannya adalah terlalu tidak dapat diterima.

Keadaan ini, ditambah pula dengan hakikat bahawa mereka masih perlu menyelenggara kemudahan pelaburan demgan wang sendiri, telah mewujudkan suatu perasaan kecewa.

"Kami faham bahawa negara ini dibebani hutang, tetapi tidak ada janji-janji mereka telah dipenuhi."

Memandang ke depan, Tan adalah pesimis terhadap masa depan profesion mereka.

"Saya tidak mahu sebarang anak saya bekerja dalam industri ini. Jumlah ikan semakin berkurangan: kamu tidak dapat memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk kelangsungan hidup. Mengapa pula saya mahu anak-anak saya mengambil alih perniagaan saya?"

"Sebab itulah tidak ada orang muda yang mahu menjadi nelayan. Kami adalah generasi akhir."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!