Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

PRN: Saranan Sanusi hanya 'manis kata di bibir sahaja' - Mahdzir

A
A
A

BERITA SEMASA 23 JUN 2023

Saranan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar semua pihak memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai 'anak jantan' dengan tidak menggunakan aset dan agensi kerajaan diibaratkan seperti 'manis kata di bibir sahaja'.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan tindakan itu hanyalah satu 'momokan' berlebihan dimainkan dengan cara tidak sepatutnya.

Tambah beliau, kedua-dua belah pihak sama ada gabungan BN-PH dan Perikatan Nasional juga perlu memahami tanggungjawab masing-masing dalam menuju PRN akan datang memandangkan Kedah adalah negeri pembangkang.

Ini kerana menurutnya, kebanyakan daripada mereka difahamkan tersilap membuat keputusan memilih calon dan parti dalam PRU15 November lalu.

Pada Rabu, Muhammad Sanusi berkata beliau berharap agar amalan demokrasi tidak dicabuli sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian dengan penggunaan dana, harta dan agensi-agensi kerajaan oleh parti tertentu bagi tujuan kempen parti politik.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk memasuki gelanggang pertandingan sebagai 'anak jantan' dalam PRN yang akan diadakan di enam negeri termasuk negeri Jelapang Padi itu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian