Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital

Jalaluddin Hassan dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.
Jalaluddin Hassan dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.
A
A
A

PELAKON, Datuk Jalaluddin Hassan dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.

Memetik laporan portal Gempak, anak kepada Jalaluddin yang dikenali sebagai Zul Qayyum memuat naik foto di TikTok memperlihatkan ayahnya dirawat di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, sejak Khamis.

Zul Qayyum turut memohon agar orang ramai mendoakan aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat.

“Maaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital.

"Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh. Insya-ALLAH lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih,” kongsi anaknya.

Difahamkan, Jalaluddin dikhabarkan tidak dapat menyertai kumpulannya Campaktakjauh di pentas Mega Spontan 2023.

Pihak produksi Mega Spontan memaklumkan isteri Jalaluddin turut mengesahkan suaminya ditahan wad atas sebab masalah kesihatan.

“Datuk Jalal dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan.

Harapnya semua doakan yang terbaik kepada team Campaktakjauh,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!