Pelepasan status muflis peluang kedua buat belia

A
A
A

No Image Caption

Ketika membentangkan #Belanjawan2023 atau #BelanjawanMADANI pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.

Inisiatif kerajaan yang memberikan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi kepada individu bankrap yang berhutang kurang dari RM50,000 sejak 1 Mac lalu, merupakan satu proses pengampunan yang memberi ruang untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.

Pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, walaupun diberi pengampunan, peminjam masih perlu menyelesaikan hutang kerana mereka cuma diberi pelepasan bagi kemudahan-kemudahan yang dinafikan hak sebagai individu bankrap.

“Ini (pelepasan) merupakan satu proses supaya mereka semua mendapat manfaat dan kebaikan yang diberikan. Secara peribadi, inisiatif pelepasan kebankrapan daripada kerajaan itu saya sangat setuju,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun menasihati golongan muda supaya tidak terlalu terpengaruh dengan gaya hidup individu-individu tertentu yang mempamerkan kekayaan dan kemewahan barangan peribadi mereka di media sosial.

“Perkara nombor satu kena faham apa punca pendapatan kita, berapa besar dan bagaimana kita membelanjakan pendapatan itu. Kena faham itu dulu.

“Contoh paling mudah kaedah pembahagian gaji, buat formula 50-30- 20. 50 peratus untuk keperluan hidup, 30 peratus adalah kehendak manakala 20 peratus pula kena sentiasa ada. Ini penting untuk simpanan kita atau jika nak buat pelaburan,” jelasnya.

No Image Caption

Beri kesedaran Beliau dalam pada itu meminta institusi perbankan memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat berhubung pinjaman peribadi bagi memastikan golongan belia tidak terjerat dalam beban hutang yang tinggi sehingga membawa kepada kebankrapan.

“Ini kerana golongan muda sering bergantung kepada nasihat daripada pihak bank memandangkan mereka tidak begitu memahami akan selok-belok mengenai pinjaman hutang dan sebagainya,” ujar Azizul.

Jelas beliau, kakitangan bank perlu memberi maklumat serta informasi lengkap kepada masyarakat agar mereka memahami berkenaan prosedur permohonan pinjaman dengan jelas.

“Kita tak ada sandaran (daripada mana-mana pihak), ketika orang pergi ke bank, harapan mereka untuk membuat hutang. Ada sesetengah mereka masih lagi waswas sama ada berhutang ini bagus atau tidak.

“Jadi, perlu ada penjelasan yang tepat berkaitan pinjaman, faedah dan sebagainya sebelum seseorang itu mula berhutang,” katanya.

Layari https://belanjawan.mof.gov. my/manfaat/ untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk mendapatkan inisiatif ini dan meneroka lebih banyak peluang yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat.

#Belanjawan 2023

#BelanjawanMADANI

REAKSI BELIA

“Bagi saya, keputusan kerajaan itu tepat. Golongan belia yang bankrap ini mendapat manfaat peluang kerja lebih luas, boleh guna semula perkhidmatan bank dan banyak lagi kelebihan.” - Peniaga, Nazrul Nasir, 42.

MOHD SHAIFULILLAH
MOHD SHAIFULILLAH

“Untuk bayar hutang, saya anggarkan dalam 45 peratus dan saya membayar dalam talian secara automatik. Saya juga mengawal jumlah pinjaman tidak melebihi 60 peratus daripada pendapatan.” - Peniaga, Mohd Shaifulillah Abdul Latip, 37.

“Inisiatif ini bagus untuk beri peluang individu tersebut menyusun atur kehidupan. Saya membelanjakan 40 peratus daripada gaji dan buat kerja lain hujung minggu untuk wang sampingan.” - Jurutera telco, Muhammad Fauzi, 33.

SHAHRIL
SHAHRIL

“Peluang yang kerajaan beri melalui pelepasan bankrap ini satu kelonggaran untuk kita tengok balik, semak dan imbang keadaan kewangan kita.” - Eksekutif Pemasaran Digital, Shahril Syamell, 25.

MUHAMMAD HAZIQ
MUHAMMAD HAZIQ

“Langkah kerajaan ini satu inisiatif yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan ini menguruskan semula perbelanjaan mereka.” - Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Muhammad Haziq Ahmad Zahar, 25.

MUHAMMAD FARIS
MUHAMMAD FARIS

“Inisiatif ini memberi motivasi kepada mereka yang muflis untuk teruskan hidup, cari pendapatan dan ubah pemikiran mereka dari segi pengurusan kewangan pada masa akan datang.” - Pemasaran Digital, Muhammad Faris Johari, 27.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!