Jenazah Zainuddin dikebumikan esok di Taman Melawati
KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Melawati, pagi esok.
Menurut ahli keluarganya, solat jenazah akan diadakan di Surau At-Thaubah, Jalan I, Taman Melawati pada jam 9.00 pagi.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Presint 10, Putrajaya, malam ini.
Zainuddin kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.40 petang hari ini akibat serangan jantung.
Keluarga Allahyarham turut berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan Zainuddin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!