Lelaki berat 300kg diangkat guna forklift meninggal dunia

Fajri terpaksa dibawa menggunakan trak ke hospital Tengerang. - Agensi
Fajri terpaksa dibawa menggunakan trak ke hospital Tengerang. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki yang mempunyai berat 300 kilogram (kg) dan menghidap komplikasi akibat obesiti melampau telah meninggal dunia di hospital Jakarta.

Pengarah Hospital, Dr Cipto Mangunkusumo Lies Dina Liastuti berkata, Muhammad Fajri, 27, meninggal dunia pada jam 1.25 pagi (waktu tempatan) Khamis akibat jangkitan teruk di kakinya selepas berat badan dipercayai mengganggu metabolisme tubuhnya.

Dr Cipto menambah, Fajri menerima rawatan kira-kira seminggu dengan dibantu pasukan terdiri daripada 16 orang pakar yang ditugaskan mengendalikan kesnya.

"Ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk individu menjadi sebesar ini. Ini akan memberi tekanan besar pada metabolisme badan dan sekali gus mengganggu fungsi jantung dan paru-paru terutamanya sejak dia tidak bergerak banyak.

"Pesakit ini mengalami luka dan kemudian menjangkiti kulitnya. Ia menjadikan ia sukar untuk bernafas kerana jangkitan dan sebagainya," katanya.

Fajri dimasukkan hospital di bandar Tengerang pada 14 Jun lalu, sebelum dipindahkan ke hospital Jakarta.

Rakaman video dia dibawa ke hospital Tengerang menjadi tular di Indonesia selepas jentera pengangkat forklift terpaksa digunakan untuk memindahkanya ke trak pikap dan membawanya ke hospital. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!