Bomba selamatkan pendaki wanita alami gastrik di Bukit Botak

Anggota bomba menggunakan peralatan pengusung bagi membawa seorang pendaki wanita yang mengalami gastrik semasa mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam pada Sabtu.
Anggota bomba menggunakan peralatan pengusung bagi membawa seorang pendaki wanita yang mengalami gastrik semasa mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pendaki wanita berusia 27 tahun mengalami sakit perut akibat gastrik ketika mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam dekat sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapa saudaranya berusia 50 tahun mendaki bukit berkenaan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa mengalami sakit perut kira-kira 20 minit dan mengadu tidak mampu berjalan ketika mendaki," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa kemudian dibawa turun pasukan bomba dengan peralatan pengusung.

"Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mangsa turun ke pusat kawalan bomba (PKB)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!